I LOVE ISLAM · Story

Mengumpat

mengumpat011.jpg

Assalamualaikum .

Mengumpat.

Mengumpat merupakan perbuatan menceritakan keburukan/ aib orang kepada orang lain. Perbuatan mengumpat adalah HARAM. Ia diibaratkan memakan daging saudara seagama . So, mengumpat = memakan daging saudara seagama

Okey.. Tu hanya mukadimahnya.

Actually, aku nk bercerita sebuah kisah .. Kisah seorang Hamba Allah ni . And ia memberikan kesan yg mendalam kepada aku .

One day, Hamba Allah ni melepak la dengan bestfriends dia. Al-maklumlah, kalo jumpa bestfriends, seme citer nk dikongsi . So, Hamba Allah ni rancak bertukar cerita dengan bestfriends dia.

Then, cerita ni berubah menjadi mengumpat.. Mase tu Hamba Allah ni n bestfriends dia ni tak tahu yg tu dikira umpat . Tapi, diaorg tanye la ustazah . And ustazah kate tu dikira mengumpat .

So, Hamba Allah ft bestfriends ni seme rase bersalah gile kat orang yg diaorg umpat.. Keesokkan harinya, Hamba Allah ni dapat hadiah daripada orang yg dia umpat tu sebab orang yg diumpat tu pergi lawatan sekolah.So, makin rasa bersalah la si Hamba Allah tu. Makin gelisah la Hamba Allah tu.

Then, Si Hamba Allah ft bestfriends berpakat nak minta maaf dekat Whatsapp. Diaorg buat group and tambah orang yg mereka umpat tu. Diaorg pun minta maaf beramai2 . Alhamdulillah,nasib baik la org yg mereka umpat tu maafkan diaorg. Diaorg rasa lega sangat. Ibarat beban mengumpat tu dah hilang..

And, diaorg berazam takkan mengumpat lagi. Sama ada mengumpat dia or orang lain..

THE END

Okey. Ape yg aku nk ceritakan ialah DOSA MENGUMPAT SANGAT BESAR.DOSA MENGUMPAT TAKKAN DIAMPUNKAN OLEH ALLAH BIARPUN PELAKUNYA BENAR2 BERTAUBAT. DOSA MENGUMPAT HANYA LAYAK DIAMPUNKAN OLEH ORANG YG DIUMPATNYA.

So,selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Astaghfirullahalazim.. Betapa besarnya dosa mengumpat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.”Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Pengajarannya, janganla mengumpat. Kalo kawan tengah mengumpat, tegur dia or pergi dari situ. Kalau kau duduk dengan org yg mengumpat walaupun kau tak mengumpat, ia tetap dikira sebagai mengumpat sbb kau tak tegur diaorg. Ibarat kau relakan dosa yg diaorg tengah buat..

K . Bye Assalamualaikum.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s