I LOVE ISLAM · Knowledges

Ramadhan

Ramadan-Images-2013-for-Facebook-with-Quotes-Free.jpg

Assalamualaikum dan selamat berpuasa =)

Alhamdulillah . Sekali lagi kita dapat menyambut bulan Ramadhan, bulan yang penuh barakah .

Semoga Ramadhan kali ni lebih baik daripada Ramadhan tahun lepas . Perbanyakkanlah melakukan amalan sunah kerana pahalanya dikali gandakan berbanding bulan2 yang lain .

Janganlah kita berpuasa sebagai adat bagi yang beragama Islam . Janganlah kita berpuasa semata2 tak makan dan tak minum ..

Tapi , berpuasa la dengan bersungguh2 .. Bukan sahaja puasa untuk menahan nafsu makan , tapi juga untuk menahan nafsu2 yg lain .. Berpuasalah untuk menahan diri daripada melihat dan melakukan maksiat ..

Tundukkan pandangan, jaga hati, tutup aurat, jaga ikhtilat dll

FYI , di Kelantan, mereka mengenakan denda bagi sesiapa sahaja yg tak menutup aurat sepanjang bulan Ramadhan . Masya Allah ..

Pejam celik pejam celik, Alhamdulillah sekarang kita berada di pertengahan bulan Ramadhan .

“Ramadhan awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pembebasan daripada api neraka”

Dan tidak lama lagi, kita akan tiba dengan 10 malam yg terakhir .. Malam yg sangat dinanti-nantikan oleh semua umat Islam .

Kerana dalam 10 malam terakhir bulan Ramadhan , akan adanya Lailatul Qadar . Ayat Al-Quran yang pertama dipercayai diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam Al-Quran dalam surah Al-Qadr, dan diceritakan lebih baik daripada seribu bulan.

Lailatul Qadar dirahsiakan supaya umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yg terakhir.

Bulan Ramadhan, Al-Quran dan malam Lailatul Qadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”.

Kelebihan Menghayati Malam Al-Qadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: “Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Doa-malam-lailatul-Qodar-.jpg
Doa Malam Al-Qadar

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Lailatul Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.

Maksudnya : “Malam Al-Qadar lebih baik daripada seribu malam”

Ertinya menghidupkan Lailatul Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:

Maksudnya : “Sesiapa menghidupkan malam Al-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa2 yang telah lalu”

Lakukanlah ibadah dengan bersungguh2 pada bulan Ramadhan ini . Anggaplah jika kita akan menyambut bulan Ramadhan ini pada kali terakhir.

Semoga kita dapat bertemu dengan Malam Al-Qadar . Aamiin In Shaa Allah 🙂

Bye Assalamualaikum .

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s