It's Me

My Hijrah

ecb8bb64be74796db2bdb473a99b1e76.jpg

Assalamualaikum.

Bismillah

Hijrah . Apa itu hijrah ?

Hijrah bermaksud perpindahan Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda dari Mekah ke Madinah .

Tapi aku bukan nk bercerita pasal penghijrahan Rasulullah, tapi penghijrahan aku dari jahil. Tapi maksudnya sama je. Perpindahan dari satu tempat ke tempat yg lain.

Dahulu,

Aku sangat jahil,

Aku sangat bodoh,

Aku tidak tahu apa2,

Tentang ikhtilat,

Tentang adab,

Tentang jaga pandangan.

Dulu,

Aku agak jauh tersasar,

Aku couple,

Aku chatting dengan lelaki sampai lewat malam,

Aku bercakap dengan lelaki tanpa batasan,

Aku buat sesuatu ikut perasaan tanpa berfikir.

Namun,

Alhamdulillah,

Allah sudi memberikan aku hidayah,

Untuk kali ke-2,

Allah sudi memberikan aku,

Peluang kedua untuk berubah.

Alhamdulillah,

Aku sudah berubah,

Aku tidak sia-siakan peluang itu,

Aku sudah berubah,

Ikhtilat aku jaga,

Pandangan mata aku jaga,

Aku ubah pemakaian aku,

Al-Quran sentiasa di sisiku,

Solat sentiasa penuh,

Amalan sunat dilakukan,

Alhamdulillah,

Aku sudah berubah.

Namun,

Aku masih manusia biasa,

Aku tidak sempurna,

Aku bukan malaikat.

Kadang-kadang,

Ikhtilat aku terbabas juga sedikit,

Kadang-kadang,

Aku tidak menjaga pandangan mataku,

Kadang-kadang,

Aku solat diakhir waktu,

Aku solat cincai,

Kadang-kadang,

Walaupun Al-Quran sentiasa di sisiku,

Aku tidak membacanya,

Aku hanya membawanya.

Aku,

Hanya manusia biasa,

Yang masih tergapai-gapai

Mencari sesuatu

Apakah itu?

Itulah keredhaan Allah..

Itulah Cinta Allah..

Adakah aku jaga ikhtilat kerana Allah ?

Adakah  aku menutup aurat kerana Allah ?

Adakah aku membawa Al-Quran kerana Allah ?

Adakah aku melakukan amalan sunat kerana Allah ?

Adakah aku study untuk exam kerana Allah ?

Adakah semua perkara yang aku lakukan kerana Allah ?

Atau,

kerana manusia ?

Oleh itu,

Maafkanlah aku,

Jika

Perbuatan/percakapan aku tidak seperti pemakaian aku,

Tolong jangan nilai aku daripada apa yg aku pakai,

Tolong jangan salahkan agama aku disebabkan kesalahan aku,

Salahkanlah aku.

Tapi,

Jangan tinggalkan aku keseorangan,

Tegurlah aku,

Jika aku salah,

Jika aku teruk,

Jangan biarkan aku terkontang-kanting seorang diri,

Kerana

Aku perlukan bimbinganmu,

Untuk mencari redha Allah,

Untuk mencari cinta Allah dan Rasulullah,

Untuk ke Syurga bersamamu,

Sahabat.

Yang Ikhlas,

Hamba Allah

Nota kaki : Aku buat masa tengah dengar lagu Terakhir (Sufian Suhaimi)

Nota kaki lagi : Actually, ape yg aku mengarut ni -_- LOL

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s